Restoran Seasons tawar promosi bufet

Restoran Seasons tawar promosi bufet

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Restoran Seasons kini menawarkan promosi bufet ‘Dari Bangkok ke Jakarta’ pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu yang telah bermula semalam sehingga 27 Ogos 2016.

Promosi bufet dari jam 7 hingga 10 malam itu akan menyajikan pelbagai pilihan makanan dari ibu kota Thailand dan Indonesia.

Antara hidangan yang disajikan ialah Thai Pumpkin Custard Pudding merupakan hidangan pencuci mulut popular di Thailand, puding beras pulut hitam, kuih Tako, ayam panggang (diperap dengan pes kari merah) sos BBQ bersama Nam Prik Makhaam, Soto Madura yang merupakan hidangan autentik Indonesia dan banyak lagi.

Sepanjang promosi itu, pemegang kad RBC Dining Privilege akan diberikan potongan 10 peratus diskaun apabila menunjukkan kad keahlian mereka.

Puding beras pulut hitam.
Puding beras pulut hitam.
Soto Madura.
Soto Madura.

ARTIKEL YANG SAMA