Restoran terbaik Australia diumumkan

Restoran terbaik Australia diumumkan

SYDNEY, 3 Mei (Bernama) – Restoran Attica Melbourne berada di tempat pertama dalam senarai 100 restoran terbaik di negara itu menurut Australian Financial Review, lapor agensi berita China Xinhua pada Selasa.

Restoran Brae yang terletak di Victoria pula berada di tangga kedua sementara Restoran Sepia di Sydney berada di tempat ketiga.

Majlis pengumuman senarai restoran terbaik itu berlangsung di The Star pada Isnin yang turut dihadiri ramai chef popular Australia.

Ketua Pengarang Australian Financial Review Michael Stuchbury berkata, penganugerahan itu sekaligus membantu meletakkan Australia menjadi destinasi makanan terbaik di peta dunia.

“Senarai dikeluarkan Australian Financial Review itu bukan sekadar menjadi sebutan di Australia malah di serata dunia sebagai daya tarikan kepada pengunjung luar negara untuk datang menikmati hidangan di restoran berkenaan,” kata Stuchbury.

Pengacara dan juga pengulas Annabel Crabb memberitahu Xinhua industri makanan Australia merupakan industri penting yang mendorong kedatangan ramai pelancong dari China.

“Australia sememangnya terkenal dengan pengeluaran produk segar dan pelbagai jenis masakan menakjubkan bukan sahaja di Sydney malah di seluruh negara itu,” kata Crabb.

Menurut chef selebriti Australia Kylie Kwong pula, pelancong China tertarik untuk menikmati hidangan makanan di Australia kerana pengeluaran produk segar di negara itu.

“Pernah berada di China sebelum ini membuatkan saya terfikir daya penarik utama restoran di Australia ialah produk segarnya yang berkualiti.

ARTIKEL YANG SAMA