Restoran terbakar

Restoran terbakar

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Julai – Satu kebakaran kecil telah menjejaskan sebuah restoran salah sebuah restoran di Bangunan Central Mall Tutong, malam tadi, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi E, Balai Bomba Tutong telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di Restoran Sempurna Enak pada jam 11:02 malam.

Dua buah jentera dengan 10 orang anggota bomba dan penyelamat Cawangan Operasi E telah dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal dalam masa tiga minit.

Semasa pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 11:06 malam, kebakaran telah memusnahkan kaunter pembayaran dan sebahagian tempat restoran tersebut.

Bahagian dalam restoran yang terbakar.
Bahagian dalam restoran yang terbakar.

Turut hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Penyiasatan dan Pencegah Kebakaran Cawangan Operasi E, Daerah Tutong, Timbalan Pegawai Balai Bahrin bin Haji Mohammad Noor dan ABKS 162 Yalil bin Metamit.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada lintar pintas penyambungan yang berlebihan menyebabkan kepanasan pada wayar penyambungan dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA