Restui pelajar hadapi peperiksaan

Restui pelajar hadapi peperiksaan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Bagi memohon keberkatan Allah SWT bagi para pelajar Tahun 11 yang akan menduduki peperiksaan ‘O’ Level tidak lama lagi, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB), Lambak Kanan, telah mengadakan Majlis Restu dan Izin Ilmu yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Majlis yang dihadiri oleh guru-guru, para pelajar dan ibu bapa serta penjaga pelajar itu telah dimulakan dengan sembahyang hajat berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Ia diteruskan dengan ucapan motivasi daripada Pengetua SMSAB, Dayang Sia Ai Chin yang menggalakkan pelajarnya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi persediaan peperiksaan dan mendapat kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan nanti.

Bacaan doa selamat daripada guru-guru dan ibu bapa serta penjaga bersama kesemua pelajar Tahun 11.
Bacaan doa selamat daripada guru-guru dan ibu bapa serta penjaga bersama kesemua pelajar Tahun 11.
Guru-guru, ibu bapa dan penjaga memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang akan mengikuti peperiksaan ‘O’ Level tidak lama lagi.
Guru-guru, ibu bapa dan penjaga memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang akan mengikuti peperiksaan ‘O’ Level tidak lama lagi.

Kemudian, majlis mendengarkan kata-kata motivasi daripada kaunselor sekolah, Ikrar Janji Pelajar dan juga bacaan doa selamat oleh kesemua pelajar Tahun 11.

Majlis bertujuan untuk memohon keberkatan untuk calon-calon ‘O’ Level dalam menghadapi peperiksaan di samping membangkitkan kesedaran dan keinsafan sendiri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar, guru, ibu bapa serta penjaga.

Tambahan lagi, ia juga akan dapat mewujudkan hubungan erat antara pelajar, guru dan ibu bapa serta penjaga, seterusnya memberi ketenangan kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

ARTIKEL YANG SAMA