‘Retorik Trump’ merisaukan

‘Retorik Trump’ merisaukan

COLUMBUS, 10 Nov – Kapten skuad bola sepak Amerika Syarikat Michael Bradley berkata, beliau menjangkakan penyokong pasukan menunjukkan rasa hormat kepada penyokong Mexico dalam aksi kelayakan Piala Dunia esok berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden, kelmarin.

Retorik kontroversi Trump mengenai pendatang tanpa izin Mexico semasa kempen pilihan raya menyemarakkan lagi persaingan yang sudah pun sengit antara kedua-dua negara di padang tetapi Bradley berkata beliau berharap faktor itu tidak akan mempengaruhi stadium.

“Saya berharap peminat kami melakukan apa yang mereka sentiasa lakukan menyokong pasukan kami dengan cara terbaik dan seghairah mungkin.

“Saya berharap mereka menghormati setiap orang di stadium seperti yang sepatutnya sama ada mereka orang Amerika, Mexico atau kumpulan neutral,” Bradley memberitahu pemberita menjelang latihan beberapa jam selepas ucapan kemenangan Trump.

Bradley berharap retorik Trump tidak akan mempengaruhi aksi kelayakan pasukan AS dan Mexico ataupun menjejaskan penyokong kedua-dua pasukan dalam aksi kelayakan Piala Dunia. – AFP
Bradley berharap retorik Trump tidak akan mempengaruhi aksi kelayakan pasukan AS dan Mexico ataupun menjejaskan penyokong kedua-dua pasukan dalam aksi kelayakan Piala Dunia. – AFP

“Saya harap setiap orang yang datang ke stadium bersedia untuk menikmati permainan yang indah antara dua sukan yang banyak menghormati antara satu sama lain, dan berharap ia adalah satu malam istimewa,” tambah Bradley yang bapanya Bob adalah pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Swansea City.

Kemenangan Trump juga mampu menyemarakkan lagi bola sepak di Amerika jika pilihan raya itu memberi kesan kepada kemungkinan kejayaan AS membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026.

AS telah dianggap sebagai calon utama kejohanan 2026 sebelum mengumumkan hasratnya secara rasmi tetapi Presiden USA Soccer Sunil Gulati memberitahu USA Today Jun lalu bahawa usaha itu memerlukan bantuan ‘seseorang di Rumah Putih yang berfikiran terbuka’.

Sama ada Trump boleh memenangi hati pengundi FIFA masih belum dapat dipastikan memandangkan kempen bermula pada Tahun Baru, dengan keputusan akan diketahui pada tahun 2020. – AFP