Retreat KUPU SB rancang hala tuju lebih mantap

Retreat KUPU SB rancang hala tuju lebih mantap

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Retreat Rancangan Strategik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) 2015-2019 yang diadakan selama tiga hari berakhir hari ini dengan Majlis Penutup yang diadakan di Dewan Ta’lim, KUPU SB di ibu kota.

Hadir selaku tetamu kehormatnya ialah Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

KUPU SB dalam kenyataannya berkata matlamat utama retreat ini adalah untuk menyediakan satu rancangan strategik sebagai panduan pelaksanaan segala program dan kegiatan bagi melaksanakan falsafah dan matlamat KUPU SB.

Selain daripada itu, pelaksanaannya juga diharap dapat mencapai satu penyediaan panduan dan hala tuju strategi satu pasukan pengurus dan pentadbir KUPU SB yang teguh dan mantap ke hadapan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dr. Hajah Masnon menyampaikan hadiah dan sijil kepada yang terlibat.
Dr. Hajah Masnon menyampaikan hadiah dan sijil kepada yang terlibat.
Tetamu kehormat ketika berucap di majlis itu.
Tetamu kehormat ketika berucap di majlis itu.

Ia turut bertujuan sebagai wadah menilai dan menganalisis pencapaian Rancangan Strategik KUPU SB 2010-2014 dan isu-isu yang dihadapi, sekali gus meneliti dan menilai semula falsafah, visi, misi, matlamat dan nilai-nilai utama KUPU SB.

Dalam kenyataan itu, KUPU SB juga menegaskan retreat ini menjadi platform merangka Rancangan Strategik KUPU SB 2015—2019 yang lebih relevan, efektif dan dapat direalisasikan.

Program turut disertai oleh pegawai-pegawai Pengurusan Utama, dekan-dekan , pengarah-pengarah, timbalan-timbalan dekan, timbalan-timbalan pengarah, ketua-ketua bahagian/unit dan penolong-penolong pendaftar KUPU SB.

ARTIKEL YANG SAMA