Reunion 09 juara futsal sukan ria

Reunion 09 juara futsal sukan ria

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Perlawanan akhir Kejohanan Futsal Sukan Ria MPH 2016 antara Twinstar dan Reunion 09 berakhir tanpa jaringan tetapi selepas sepakan penalti penentuan dijalankan, Reunion 09 menang 4-3.

Tempat ketiga bersama pula dimenangi dua pasukan yang tewas di separuh akhir iaitu 3K FC dan GG FT. Kedua-dua perlawanan separuh akhir juga berkesudahan tanpa jaringan.

3K FC dan GG FT kedua-duanya kalah 2-3 menerusi tendangan penalti penentuan kepada lawan masing-masing iaitu Reunion 09 dan Twinstar.

Juara telah menerima hadiah piala dan wang tunai $300, sementara naib juara membawa pulang hadiah wang tunai $200. Kedua-dua pasukan di tempat ketiga bersama pula masing-masing mendapat hadiah 10 pasang jersi.

Sejumlah 32 buah pasukan yang dibahagikan kepada lapan buah kumpulan telah bertarung dalam kejohanan sehari berkenaan tetapi hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan meneruskan persaingan di pusingan kalah mati.

Twinstar berjaya mengikat Reunion 09 0-0 sebelum akur kalah 3-4 menerusi sepakan penalti penentuan
Twinstar berjaya mengikat Reunion 09 0-0 sebelum akur kalah 3-4 menerusi sepakan penalti penentuan

ARTIKEL YANG SAMA