Revibe tawan Kejohanan Bola Jaring MBPJ

Revibe tawan Kejohanan Bola Jaring MBPJ

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Pasukan bola jaring lelaki negara, Revibe telah menawan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Lelaki MBPJ yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, baru-baru ini.

Kejohanan yang bermula dari 27 hingga 28 Ogos yang lalu itu menyaksikan Pasukan Revibe terpaksa mengecewakan sebuah lagi pasukan negara iaitu Pasukan Spitfire apabila kedua-dua pasukan berkenaan bertemu di peringkat separuh akhir untuk bertemu Pasukan Cobra Alpha di peringkat akhir.

Revibe menguasai peringkat kumpulan dengan menang semua perlawanan dan melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Spitfire dengan jaringan 11-7 dan pada peringkat akhir Pasukan Revibe terpaksa berhadapan salah sebuah pasukan ternama di Malaysia iaitu Pasukan Cobra Alpha.

Gambar ramai Pasukan Revibe yang telah memenangi Kejohanan Bola Jaring Terbuka Lelaki MBPJ yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar Revibe
Gambar ramai Pasukan Revibe yang telah memenangi Kejohanan Bola Jaring Terbuka Lelaki MBPJ yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar Revibe
Gambar ramai Pasukan Spitfire yang berjaya di kedudukan ketiga dalam kejohanan berkenaan.
Gambar ramai Pasukan Spitfire yang berjaya di kedudukan ketiga dalam kejohanan berkenaan.

Perlawanan pada peringkat akhir itu sangat sengit di mana Pasukan Revibe berjaya memenangi perlawanan dengan hanya jarak 1 mata di hadapan Cobra Alpha dengan mata akhir 4-3.

Tampil di tempat ketiga adalah Pasukan Spitfire dari Brunei Darussalam dan pasukan tuan rumah, MBPJ. Manakala Mohd Ramdani daripada Pasukan Revibe dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

ARTIKEL YANG SAMA