Revival Cybertime menang Dota 2

Revival Cybertime menang Dota 2

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Kumpulan Revival Cybertime dianggotai Yee Xiao Hao, Richardson Yeo Kee How, Ricky Hong Rui Qi, Vincent Lim Keh Chong, Ang Kok Ho dan Lewis Kong memenangi Pertandingan Edisi Dota 2 baru-baru ini.

Mereka membawa pulang piala dan produk Prolink yang ditaja oleh Netcom. Manakala tempat kedua dimenangi Kumpulan Adversiti dianggotai Nor Mohd Atifi, Firdaus Hakim, Mohd Fazrul, Raymond, Zainuddin dan Mohd Hairul membawa pulang baucar Excapade, pingat dan produk Prolink.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Penyelaras Acara Times Square, Zati dan Awangku Mohd Khairul Ariffin daripada Netcom pada akhir kejohanan semalam.

Gambar ramai Kumpulan Revival Cybertime bersama Zati dan Awangku Mohd Khairul
Gambar ramai Kumpulan Revival Cybertime bersama Zati dan Awangku Mohd Khairul

Pertandingan yang bermula Jumaat lalu di Atrium Times Square itu disertai 10 buah pasukan dan berformatkan roundrobin dan hadiah-hadiah kemenangan ditaja oleh Netcom dan Excapade.

Sepanjang kejohanan, atrium diselubungi suasana ceria kerana orang ramai berpeluang menyaksikan kejohanan permainan Dota 2 secara langsung dan pasukan pula merasa teruja mendapat sokongan padu penonton.

Acara itu turut dimeriahkan dengan Jerayawara Prolink oleh Netcom yang memaparkan produk Prolink dan alat-alat gaming yang canggih.

ARTIKEL YANG SAMA