Revolusi sete...

Revolusi setelah 10 tahun pelancaran iPhone

LAS VEGAS – Telefon pintar iPhone terus membawa perubahan ke dunia selepas pelancarannya dan kian mendapat tekanan untuk mencipta daya tarikan baru.

iPhone diperkenalkan oleh bekas pengasas bersama – Steve jobs pada 9 Januari 2007. Ia menjadi peneraju utama produk dan semua industri komputer mudah alih.

Telefon pintar tersebut dibina di dalam alat main musik yang dipanggil iPod. Ia juga memaparkan ciri skrin sentuh ke pasaran telefon pintar yang sebelumnya diterajui oleh produk Blackberry yang menggunakan pad kekunci.

Jobs mengatakan bahawa pendekatannya terhadap telefon pintar merupakan satu usaha untuk menggabungkan seni, reka bentuk dan teknologi.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana tumpuan iPhone terhadap aplikasi dapat melonjakkan aktiviti pengguna dalam ‘tweeting’, ‘snapping’, ‘Pokemon Go’, siaran video langsung dan lain-lain lagi.

Gambar fail 9 Januari 2007 Apple iPhone dipaparkan di persidangan Macworld di San Francisco. – AFP
Gambar fail 9 Januari 2007 Apple iPhone dipaparkan di persidangan Macworld di San Francisco. – AFP
Steve Jobs mengumumkan iPhone, telefon bimbit baru ultra-nipis - kurang daripada setengah inci (1.3 sentimeter) tebal - bergaya, berkeupayaan Internet dan mempunyai pemain MP3 serta menampilkan kamera digital dua megapiksel, kata Jobs . – AFP
Steve Jobs mengumumkan iPhone, telefon bimbit baru ultra-nipis – kurang daripada setengah inci (1.3 sentimeter) tebal – bergaya, berkeupayaan Internet dan mempunyai pemain MP3 serta menampilkan kamera digital dua megapiksel, kata Jobs . – AFP

“Apple mendapat pujian bagi aplikasi-aplikasi yang membawa platform komputer mudah alih ke dalam poket pengguna” Penganalisis Gartner, Brian Blau memberitahu AFP di Consumer Electronics Show yang berakhir pada hari ahad di Las Vegas.

“Sekarang susah untuk membuat produk elektronik konsumer tanpa internet”.

Telefon pintar juga memainkan peranan penting dalam trend virtual reality dimana para pengguna menggunakan telefon bimbit sebagai skrin dan memasukkan alat dengar untuk menerokai alam fantasi.

Meskipun Apple tidak menghadiri CES, namun kuasa penetapan trendnya dapat dirasai dengan sistem ‘infotainment’ yang menyelaraskan iPhone dengan rangkaian rumah pintar yang dikawal oleh aplikasi telefon pintar dan pesaing lain yang juga turut mengikut jejak iPhone dengan memperkenalkan ciri yang sama.

“iPhone memberi perubahan kepada dunia kerana komputer mudah alih sekarang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pengguna,” kata Blau.

iPhone boleh dikatakan sebagai titik mula pencapaian industri elektronik pengguna, menurut Maxwell Ramsey dari laman sesawang telefon phoneArena.com.

“Apa yang berjaya dilakukannya amat luar biasa,” ulas Maxwell mengenai iPhone.

“Kita masih di dalam arus 2007. Tidak sangsi lagi.”

Keberadaan Internet di dalam poket pengguna dan komputer tablet telah mengubah cara pengguna untuk menonton filem, mendapatkan berita, bersosial dan bekerja. Orang dalam di CES trade show menyatakan bahawa iPhone merupakan dorongan utama peralihan re-volusi kepada gaya hidup komputer mudah alih.

“Ia telah mengubah industri itu sepenuhnya,” kata Maxwell di CES.

“Ia telah banyak menghancurkan syarikat secara figuratif dan telah mengubah landskap teknologi.”

iPhone merupakan penjana pendapatan utama Apple. Namun, jualannya mulai menurun sekitar tahun lepas disebabkan oleh pasaran telefon pintar yang semakin dipenuhi oleh saingan.

Ketua eksekutif Apple Tim Cook dan ketua-ketua eksekutif lain menyedari pampasan bagi 2016 yang di-sebabkan oleh sasaran pendapatan yang tidak dicapai, menurut Penyelia AS semasa pemfailan cukai.

Gambar fail 29 Jun 2007 di Santa Monica, California menunjukkan orang ramai menunggu di luar kedai Apple untuk mendapatkan iPhone, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 29 Jun 2007. – AFP
Gambar fail 29 Jun 2007 di Santa Monica, California menunjukkan orang ramai menunggu di luar kedai Apple untuk mendapatkan iPhone, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 29 Jun 2007. – AFP
Gambar fail 29 Jun 2007 di pusat membeli-belah The Grove Los Angeles, California menunjukkan John Mariano (tengah, kiri), 27, dikelilingi oleh orang ramai dan para media semasa beliau meninggalkan Apple Store dengan memiliki Apple iPhone yang baru dibeli, salah satu alat yang paling ditunggu-tunggu dalam beberapa tahun. – AFP
Gambar fail 29 Jun 2007 di pusat membeli-belah The Grove Los Angeles, California menunjukkan John Mariano (tengah, kiri), 27, dikelilingi oleh orang ramai dan para media semasa beliau meninggalkan Apple Store dengan memiliki Apple iPhone yang baru dibeli, salah satu alat yang paling ditunggu-tunggu dalam beberapa tahun. – AFP

“Kedua-dua langkah kewangan digunakan untuk menilai prestasi eksekutif di bawah program insentif tunai yang dibuat setiap tahun. Jualan bersih dan operasi pendapatan didapati menurun dari tahun 2015,” kata Apple dalam pemfailan cukai.

“Hasil yang didapati lebih rendah dari sasaran.”

Apple melaporkan jualan bersih sebanyak AS$215.6 bilion untuk tahun fiskal dengan pendapatan operasi sebanyak AS$60 bilion, menurut kenyataan dari pemfailan cukai.

Pendapatan Cook berjumlah AS$8.75 juta berbanding AS$10.3 juta pada tahun 2015. Gaji asasnya melonjak naik dari AS$2 juta ke AS$3 juta.

Keuntungan Apple dalam suku tahun yang berakhir pada September 24 merosot dengan penurunan jualan iPhone yang telah dijangka, namun peningkatan dalam servis perkhidmatan yang ditawarkan memberikan keyakinan kepada usaha syarikat itu untuk tidak bergantung kepada telefon pintarnya.

Apple akan mengeluarkan data prestasi bagi suku 31 Januari. Apple sedang berusaha untuk mendapatkan keuntungan dari servis perkhidmatan dan aplikasi-aplikasi. Pembuat iPhone mengatakan bahawa App Store menghadapi hari yang paling sibuk pada malam tahun baru. Ia merupakan pemecah rekod bagi kedai online tersebut.

Menurut syarikat itu, sejak pelancaran App Store pada tahun 2008, pemaju telah memperolehi lebih dari AS$60 bilion dari ciptaan perisiannya yang dibuat khas untuk produk Apple.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak yang menantikan pelancaran produk baru Apple. Pada masa yang sama, ketiadaan bekas pengasas Apple, Jobs, ditakuti akan memberi impak kepada ‘mojo’ inovatif syarikat tersebut. Apple dikatakan sedang menjalankan projek untuk mencipta kereta pandu sendiri.

“Saya rasa mereka akan membuat projek besar,” menurut penganalisis Blau. “Namun masa depan syarikat bergantung kepada inovasi kecil. Dan perkara sedemikian tiada salahnya.” – AFP