Riadah Kesihatan di Pekan Muara

Riadah Kesihatan di Pekan Muara

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara baru-baru ini mengungkayahkan Riadah Kesihatan sempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1437 iaitu aktiviti berjalan kaki menjelajahi Pekan Muara.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abd Razak, Imam Masjid Setia Ali, Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbudin serta ahli-ahli jawatankuasa masjid serta penduduk Mukim Serasa dan sekitarnya.

Sebelum acara dimulakan, para peserta melakukan senaman ringan dan diteruskan dengan Riadah Kesihatan iaitu berjalan kaki sejauh 5 kilometer. Ia dimeriahkan dengan acara cabutan nombor berhadiah.

ARTIKEL YANG SAMA