Riadah sambil beramal

Riadah sambil beramal

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2016, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Institut Perkhidmatan Awam dan Jabatan Belia dan Sukan akan mengendalikan Riadah Amal HPA 2016 pada hari Ahad, 27 November 2016, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar’Ali Saifuddien di ibu negara bermula jam 6:15 pagi.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut ialah termasuk senamrobik, berbasikal sejauh 10 kilometer dan larian sejauh 2.5 kilometer bermula dan berakhir di taman tersebut.

Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin menyumbangkan derma kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) dan Majlis Paralimpik Brunei Darussalam, tabung kutipan juga turut disediakan semasa acara tersebut berlangsung. Semua warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai adalah dialu-alukan hadir dalam sama-sama memeriahkan lagi riadah amal tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA