Riadah sempena Bandarku Ceria

Riadah sempena Bandarku Ceria

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Sempena dengan Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap hujung minggu di ibu negara, Gabungan Badan Kebajikan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) dan Komiti Belia Teratak Sumur telah mengadakan riadah berjalan kaki, baru-baru ini.

Riadah berjalan kaki tersebut bermula dari Masjid SOAS menuju ke Jalan Pretty, Jalan Kianggeh dan Jalan Alat-alat Kebesaran Diraja dan berakhir di masjid tersebut.

Terdahulu, acara dimulakan dengan mendengarkan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Pegawai Masjid SOAS, Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

Aktiviti yang disertai seramai 40 orang itu merupakan salah satu aktiviti bulanan yang dijalankan oleh masjid berkenaan.

Gambar ramai semasa aktiviti riadah Bandarku Ceria.
Gambar ramai semasa aktiviti riadah Bandarku Ceria.

ARTIKEL YANG SAMA