Riang ria Aidilfitri MPK Belimbing

Riang ria Aidilfitri MPK Belimbing

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Bagi memeriahkan lagi suasana penghujung Syawal ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Riadah Tasek Serubing, Kampung Belimbing, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Majlis seumpamanya merupakan projek tahunan MPK Belimbing untuk memberikan peluang kepada penduduk kampung bertemu, berkumpul dan beramah mesra sesama mereka serta saling bermaaf-maafan antara satu dengan lain terutama kepada warga emas sempena Hari Raya.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang hadir selaku tetamu kehormat majlis memeriahkan lagi suasana sambutan itu.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang hadir selaku tetamu kehormat majlis memeriahkan lagi suasana sambutan itu.

Ia juga bertujuan bagi menjalin persaudaraan dan kerjasama perpaduan serta bermasyarakat dengan bergotong-royong menjayakan sebarang acara yang dianjurkan di Kampung Belimbing.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah para jemputan khas, pegawai dan kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan, penasihat MPK Belimbing; penghulu Mukim Kota Batu dan ketua-ketua kampung di Mukim Kota Batu serta para penduduk dari Kampung Belimbing dan Subok.

ARTIKEL YANG SAMA