Ribery ceriakan Bayern

Ribery ceriakan Bayern

BERLIN, 9 Feb – Arjen Robben berkata Bayern Munich memerlukan Franck Ribery untuk kembali kepada kecergasan penuh selepas pemain sayap dari Perancis itu kembali berlatih semalam selepas rehat selama dua bulan bagi kecederaan terbarunya.

Ribery, 32, melalui kesukaran pada 2015 dan koyak otot paha pada pertengahan Disember dalam perlawanan kedua aksi kembalinya selepas sembilan bulan mengalami kecederaan buku lali.

Kepulangan Ribery terlalu cepat bagi perlawanan suku akhir Piala Jerman, apabila Bayern bertandang ke pasukan divisyen dua, VfL Bochum esok. Tetapi dia mengalu-alukan larian di padang latihan Bayern bersama pemenang Piala Dunia Jerman, Mario Goetze, yang juga mengalami kecederaan.

“Adalah menarik Franck kembali. Kami memerlukannya,” kata kapten dari Belanda itu, Robben, dengan perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara mereka, pertemuan pertama di Juventus hanya dua minggu sahaja lagi.

Pemain sayap dari Perancis itu berkata dia mahu kembali cergas untuk menbantu Bayern mengulangi tiga kejayaan 2013 mereka dengan menjulang Piala Jerman, Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim ini.

Ribery bakal menceriakan Bayern apabila kembali berlatih semalam selepas rehat selama dua bulan akibat kecederaan. – Reuters
Ribery bakal menceriakan Bayern apabila kembali berlatih semalam selepas rehat selama dua bulan akibat kecederaan. – Reuters

“Saya merasa yakin sekali lagi boleh menjadi Ribery yang lama,” dia memberitahu majalah Sport Bild. “Segalanya akan ditentukan pada separuh masa kedua musim ini dan ini adalah perlawanan yang saya mahu terlibat.”

Terdapat lebih banyak berita baik bagi jurulatih Bayern, Pep Guardiola ketika pertahanan Medhi Benatia dijangka kembali berlatih tidak lama lagi bersama Jerome Boateng dan Javi Martinez untuk jangka masa panjang.

Robben memberi amaran kepada skuad Bayern untuk tidak memandang rendah pasukan Bochum.

Pasukan divisyen dua itu menewaskan pasukan lebih tinggi, Hertha Berlin, Borussia Moenchengladbach dan Bayer Leverkusen dalam perlawanan pemanasan Januari lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA