Ribery terus bersama Bayern

Ribery terus bersama Bayern

BERLIN, 28 Nov – Kategori gergasi Jerman, Bayern Munich melanjutkan kontrak pemain sayapnya, Franck Ribery selama setahun hingga Jun 2018, sekali gus memberikan pemain kelahiran Perancis itu musim ke-11 bersama juara Bundesliga itu.

“Enam gelaran kejuaraan Jerman, lima kejuaraan piala, Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab FIFA dan Piala Super UEFA. Kejayaan terbesar Bayern sejak lima tahun lalu berkait rapat dengan Franck Ribery,” kata Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam kenyataan.

“Dia adalah pemain utama, disayangi peminat. Jadi kami gembira untuk melanjutkan kontrak bersama Franck selama setahun.”

Ribery, 33, menyertai Bayern dari kelab Perancis, Olympique Marseille pada 2007. Sejak itu, dia sudah bermain 333 perlawanan bersama kelab itu, menjaringkan 108 gol dan menjadi perancang kepada 164 gol Bayern.

Ribery berkata dia “teruja untuk memperoleh beberapa lagi tempoh yang menggembirakan bersama peminat-peminat Bayern FC, dan saya mahu memainkan peranan terhadap kejayaan pasukan untuk satu setengah tahun lagi.” – AFP