Ribuan adakan bantahan di Brazil

Ribuan adakan bantahan di Brazil

BRASILIA, 17 Mac (AFP) – Bantahan-bantahan meletus di Brazil selepas panggilan telefon yang dirakamkan antara Presiden Dilma Rousseff dan presiden sebelumnya yang pernah popular dulu, disiarkan, yang mengatakan bahawa Rousseff melantiknya menjadi anggota kabinetnya untuk mengelaknya dari ditangkap kerana rasuah.

Rousseff melantik Luiz Inacio Lula da Silva sebagai ketua kakitangannya semalam dengan harapan kehandalan politiknya boleh menyelamatkan pentadbirannya.

Presiden sedang berdepan dengan cubaan pendakwaan, kemelesetan teruk dan kesan sampingan dari skandal rasuah yang mudah meledak di syarikat gergasi minyak kerajaan, Petrobas.

Bagaimanapun beberapa jam pelantikan Lula, hakim persekutuan Sergio Moro, yang mengetuai penyiasatan ke atas skandal Petrobras, mengarahkan pendedahan panggilan yang telah dirakam oleh polis yang memperlihatkan motif lebih kelam.

Rousseff telah menghubungi telefon Lula yang telah dipasang dengan peranti pepijat untuk memberitahunya beliau akan menghantar kepadanya perintah rasmi yang mencalonkannya sebagai ketua kakitangannya supaya dia boleh menggunakannya ‘jika perlu’.

Seorang pegawai polis dan lelaki yang tidak dikenali membawa penunjuk perasaan yang cedera semasa bantahan ke atas pelantikan bekas presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sebagai menteri, di hadapan kongres nasional di Brasilia, Brazil pada 16 Mac. – Reuters
Seorang pegawai polis dan lelaki yang tidak dikenali membawa penunjuk perasaan yang cedera semasa bantahan ke atas pelantikan bekas presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sebagai menteri, di hadapan kongres nasional di Brasilia, Brazil pada 16 Mac. – Reuters

Petikan itu nampaknya mengesahkan bahawa pencalonan Lula kepada jawatan itu bertujuan mengelaknya daripada kemungkinan penangkapan bagi tuduhan rasuah.

Para menteri kabinet hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Brazil dan imuniti menteri kini akan melindungi Lula dari pendakwaan dalam mahkamah jenayah.

Lula sekeras-kerasnya menafikan penglibatannya dalam skandal, yang mana para penyiasat berkata syarikat-syarikat pembinaan berkomplot dengan para eksekutif Petrobras untuk mengenakan bil lebih ke atas syarikat minyak gergasi sebanyak AS$2 bilion, dengan memberi rasuah banyak kepada para ahli politik dan pada masa yang sama kepada parti tersebut.

Pejabat Rousseff mengatakan panggilan telefon itu hanyalah untuk membincangkan perkara tentang tatacara. Pendedahan rakaman itu telah mencetuskan kehebohan dalam Kongres, yang mana ahli-ahli undangan pembangkang yang berang menjerit ‘Letak Jawatan! Letak Jawatan!”.

Kira-kira 2,000 orang secara spontan berhimpun di bandar Brasilia untuk menuntut supaya Lula meletak jawatan dan Rousseff meninggalkan jawatannya.

“Daripada menjelaskan sendiri dan memegang tanggung jawabnya, bekas presiden Lula lebih suka lari ke pintu belakang,” kata ahli undangan Antonio Imbassahy, ketua majlis rendah bagi parti pembangkang PMDB.