Ribuan artifak Orang Asli ditemui

Ribuan artifak Orang Asli ditemui

SYDNEY, 30 Mac (AFP) – Penemuan harta karun yang banyak berupa artifak orang asli, mungkin sebahagian daripada gedung senjata, telah digali di tapak bangunan Australia, menurut pakar-pakar hari ini.

Pakar-pakar menyambut baik penemuan lebih 20,000 objek yang ditemui ketika pembangunan projek pengangkutan bernilai berbilion-bilion dolar di pinggir bandar Sydney dan menggesa kerja pengorekan dihentikan ketika penemuan itu dinilai.

“Itu adalah tapak yang sangat penting, bukan saja bagi Sydney tetapi juga seluruh negara,” Scott Franks dari Tocomwall, salah sebuah dari empat firma warisan orang asli yang menjadi penasihat projek berkenaan memberitahu AFP.

Menurutnya perunding-perunding warisan berharap untuk dapat menentukan usia tapak itu, tetapi menambah kata bahawa penumpuan artifak di kawasan kecil kira-kira 700 meter persegi menunjukkan ia mungkin gudang senjata bagi memerangi kolonis-kolonis Britain lebih 200 tahun lalu. Penemuan itu termasuklah kepala lembing batu dan objek beristiadat.

ARTIKEL YANG SAMA