Ribuan bantah tanaman terubahsuai genetik Monsanto

Ribuan bantah tanaman terubahsuai genetik Monsanto

PARIS, 24 Mei (AFP) – Beribu-ribu orang ramai berarak di jalanan di bandar-bandar seluruh dunia semalam untuk membantah ke atas syarikat gergasi bioteknologi Amerika, Monsanto dan tanaman terubahsuai genetik (GMC) serta racun perosak.

Membantah Ke atas Monsanto kali ketiga ini – dimulakan oleh gerakan Occupy – diadakan di 400 buah bandar lebih dari 40 buah negara-negara di Amerika hingga ke Afrika dan Eropah.

Sekitar 2,500 orang mengadakan bantahan anti-Monsanto di bandar Basel dan Morges, Switzerland, tempat syarikat itu memiliki ibu pejabatnya bagi Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Sekitar 3,000 pembantah, dihimpunkan oleh persatuan alam sekitar termasuk Greenpeace dan kumpulan antikapitalis Stop TAFTA, berkumpul di Paris, dengan pasaran utama racun herba, Roundup, Monsanto menjadi sasaran utama kemarahan para pembantah.

Bahan utama produk kontroversi itu baru-baru ini diklasifikasikan sebagai ‘kemungkinan karsinogenik kepada manusia’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di Burkina Faso, sekitar 500 orang berarak di bandar Ouagadougou membantah syarikat gergasi AS itu, yang memperkenalkan kapas GM kepada negara Afrika barat pada 2003.

Orang ramai yang menyertai bantahan ke atas syarikat gergasi agrokimia Amerika Syarikat, Monsanto. – AFP
Orang ramai yang menyertai bantahan ke atas syarikat gergasi agrokimia Amerika Syarikat, Monsanto. – AFP

Para pembantah menuntut moratorium 10 tahun ke atas penanaman biji Monsanto oleh itu ‘penyelidikan bebas boleh dijalankan’ untuk melaksanakan teknologi itu.

Sekitar 1,000 aktivis anti-Monsanto juga berkumpul di hadapan Parlimen Eropah di Strasbourg dan memberi penghormatan kepada mangsa racun perosak,” menurut para penganjur.

Hal yang serupa juga diadakan di Los Angeles dan Rio de Janiero.

Sekitar 500 para pembantah termasuk ahli keluarga bersama kanak-kanak kecil, mengambil bahagian dalam perhimpunan berwarna dan alami di bawah cuaca cerah di Los Angeles.

ARTIKEL YANG SAMA