Ribuan berarak bagi pengebumian ahli politik terkenal

Ribuan berarak bagi pengebumian ahli politik terkenal

PHNOM PENH, 24 Julai – Berpuluh-puluh ribu orang rakyat Kambodia keluar ke jalan-jalan raya di Phnom Penh hari ini bagi perarakan pengebumian seorang penganalisis politik terkenal yang dibunuh dalam penembakan di siang hari yang mengejutkan Asia Tenggara.

Kem Ley, aktivis hak asasi akar umbi dan suara pro demokrasi popular ditembak mati dua minggu lalu ketika sedang minum kopi di luar sebuah stesen minyak di ibu negara. Pembunuhan itu menggentarkan di seluruh negara itu yang telah pun dilanda ketegangan politik ketika Perdana Menteri Hun Sen berdepan tuduhan mengetatkan kawalan ke atas para pengkritik pemerintahan beliau yang telah berusia 31 tahun.

Hari ini orang ramai yang berkabung, kebanyakannya membawa potret Kem Ley, berjalan beberapa kilometer jauhnya di belakang sami-sami Buddha dan perarakan kereta yang membawa mayat Ley, 46 tahun, dalam keranda yang jelas memperlihatkan mayatnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA