Ribuan berhimpun cetus bantahan di Poland

WARSAW, Poland, 23 Julai – Kegagalan rancangan parti yang mentadbir Poland untuk meletakkan sistem kehakiman di bawah kawalan politiknya telah mencetuskan satu lagi bantahan di seluruh negara semalam, dengan sebilangan orang berhimpun di luar rumah pemimpin parti memerintah, Jaroslaw Kaczynski dan menuduhnya menjadi diktator.

Ikon demokrasi Poland, yang juga bekas presiden Lech Walesa berucap pada bantahan di Gdansk, menggesa anak-anak muda Poland supaya berjuang bagi memelihara pemisahan kuasa yang mana gerakan Perpaduannya telah membantu untuk mencapainya lebih suku dekad lalu apabila Poland menyingkirkan pemerintahan komunis.

Kemudian, beribu-ribu penentang kerajaan berhimpun di Warsaw, Krakow dan bandar-bandar lain untuk menggesa Presiden Andrzej Duda supaya menolak perundangan yang akan memberikan Undang-undang dan Keadilan, parti konservatif memerintah, mengawal Mahkamah Tinggi dan kehakiman.

“Kita semua dalam bahaya. Setiap warga negara kini dalam bahaya,” kata Tomasz Gromadka, 32 tahun seorang penulis drama yang membantah di hadapan rumah Kaczynsk, yang adalah kuasa di sebalik kerajaan dan kepimpinan presiden.

Penunjuk perasaan antikerajaan menaikkan lilin dan pelekat yang tertera ‘Perlembagaan’ ketika mereka berkumpul di hadapan Mahkamah Agung di Warsaw, Poland, pada 22 Julai 2017. – AP
Penunjuk perasaan antikerajaan menaikkan lilin dan pelekat yang tertera ‘Perlembagaan’ ketika mereka berkumpul di hadapan Mahkamah Agung di Warsaw, Poland, pada 22 Julai 2017. – AP

“Oleh sebab kini mereka mengawal mahkamah, kemudian mereka akan mengambil media, mereka akan mengambil segala-galanya. Tetapi kami masih ada jalan raya. Inilah kuasa kami. Saya berpendapat kita seharusnya melakukan apa yang kita mampu.”

Kesatuan Eropah dan banyak lagi pakar-pakar undang-undang antarabangsa berkata perubahan akan menandakan pengunduran dramatik bagi sebuah negara yang telah menerima pujian sebagai model peralihan demokrasi dalam tempoh suku dekad lalu dan menggerakkan Poland lebih dekat ke arah autoritarianisme.

Parti itu “akan menamatkan demokrasi,” kata Ewa Krasucka, seorang jurugambar berusia 32 tahun.

“Sejujurnya, saya berpendapat kita akan menghalangnya kini, tetapi sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun, dalam tempoh 15 tahun, apabila kami masih bersama-sama mereka ini dalam kerajaan yang saya selesa berada di sini kini.” – AP