Ribuan beri penghormatan

Ribuan beri penghormatan

HAVANA, 28 Nov – Beribu-ribu orang dijangka akan memberi penghormatan kepada Fidel Castro di Medan Revolusi ikonik Havana hari ini, memulakan ucapan perpisahan seminggu lamanya kepada wira Perang Dingin Cuba.

Berikutan kematiannya pada Jumaat, ratusan ribu dijangka akan berkerumun ke plaza tempat Castro selalu memberi ucapannya.

“Anda akan dapat mengetahui mengenai rakyat Cuba yang sebenar. Anda akan tahu bagaimana mereka menderita, bagaimana mereka berasa tentang seseorang yang mereka kasihi,” kata Jorge Guilarte, seorang pemandu teksi berusia 50 tahun.

Castro, yang revolusi 1959 menggulingkan pemerintahan diktator dengan janji untuk membawa keadilan dan kesaksamaan kepada pulau Caribbean, merupakan tokoh besar abad ke-20.

Sementara beberapa daripada mereka melihatnya sebagai hero sosialis yang membawa pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma kepada negara ini, yang lain melabelnya sebagai ‘diktator’ yang mengakibatkan kesukaran ekonomi dan mencetuskan ramai rakyat Cuba lari ke Florida untuk mencari kehidupan lebih baik. –AFP

Bendera Cuba berkibar separuh tiang berhampiran sepanduk pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro, dua hari selepas kematiannya, di Havana pada 27 November. – AFP
Bendera Cuba berkibar separuh tiang berhampiran sepanduk pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro, dua hari selepas kematiannya, di Havana pada 27 November. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA