Ribuan delegasi berhimpun di Pyongyang

Ribuan delegasi berhimpun di Pyongyang

PYONGYANG, 6 Mei (AFP) – Korea Utara hari ini mengadakan acara politik paling penting bagi satu generasi, yang bertujuan mengukuhkan kepimpinan mutlak pemimpin Kim Jong-Un dan menekankan ‘prestij’ negara yang disekat oleh sekatan itu sebagai kuasa nuklear.

Kongres pertama parti memerintah itu dalam tempoh hampir 40 tahun mengumpul beribu-ribu delegasi terpilih dari seluruh negara ke Pyongyang yang sekurang-kurangnya pada teori adalah perhimpunan badan tertinggi yang membuat keputusan.

Kim, 33 tahun, yang malah tidak dilahirkan apabila Kongres terakhir Parti Pekerja diadakan pada tahun 1980, akan menyampaikan ucaptama yang akan meneliti sebarang tanda peralihan dasar substantif, terutamanya dalam bidang ekonomi.

Para penganalisis akan juga memerhati bagi perubahan kakitangan apabila Kim bakal membawa masuk pemimpin dari generasi lebih muda yang dipilih kerana kesetiaan mereka. Media kerajaan melihat awal acara itu sebagai memuji ujian nuklear paling terbaru Korea Utara pada Januari lalu sebagai bukti ‘kehebatan dan prestijnya sebagai negara kuasa nuklear.

Orang ramai menonton skrin Televisyen yang menunjukkan gambar fail Kim Jong Un, di Stesen Keretapi Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP
Orang ramai menonton skrin Televisyen yang menunjukkan gambar fail Kim Jong Un, di Stesen Keretapi Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP

Dan Jawatankuasa Korea Utara, iaitu Jawatankasa bagi Penyatuan semula Damai Korea membidas tentangan masyarakat antarabangsa terhadap program senjata nuklear Pyongyang. “Tanpa mengira sama ada ia diiktiraf atau tidak, status kami sebagai negara nuklear yang bersenjatakan bom H tidak berubah,” jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan.

Kongres 1980 diadakan untuk memahkotakan ayah Kim, Kim Jong-Il sebagai pewaris sah ayahnya sendiri. Pemimpin pengasas Korea Utara Kim II-Sung. Versi 2016 sedang di adakan di dalam Istana 25 April, yang permukaan berbatunya dihiasi dengan potret besar dua mendiang pemimpin itu, berserta dengan sepanduk parti memerintah yang berwarna merah dan emas.

Lebih 100 wartawan asing yang dijemput tidak dibenarkan berada di dalam dan terbatas untuk menyaksikan hanya dengan jarak 200 meter jauhnya.