Ribuan dipindahkan, berikutan puting beliung

Ribuan dipindahkan, berikutan puting beliung

DHAKA, 30 Julai (AFP) – Puting beliung dijangka akan melanda pantai Bangladesh lewat hari ini yang sudah pun membunuh tiga orang dan memaksa pemindahan ribuan orang dari komuniti nelayan yang miskin, menurut polis dan pegawai lain.

Puting beliung Komen, membentuk di Teluk Bengal, telah memusnahkan berpuluh buah rumah sementara di pulau Saint Martin paling selatan di Bangladesh ketika ia bergerak ke arah pantai, menurut ketua polis tempatan, Ataur Rahman.

“Sekurang-kurangnya 150 buah rumah nelayan tempatan dilaporkan musnah akibat ribut berkenaan,” ujarnya.

Tiga lelaki terbunuh dalam insiden berasingan apabila pokok tumbang menimpa rumah mereka, menurut Rahman. Ribut itu, pada masa ini membadai tenggara bandar Chittagong, membawa kelajuan angin kira-kira 54km (33 batu) sejam dan dijangka akan menjadi lemah selepas membuat pendaratan, kata ahli meteorologi, Abdur Rahman.

“Ribut itu bergerak secara perlahan ke barat laut dan sepertinya akan melanda pantai selatan pada petang,” katanya.

Kira-kira 60,000 orang telah dipindahkan dari pantai kampung di selatan pulau peranginan daerah Cox’s Bazar berikutan kebimbangan ombak tinggi, menurut pegawai kanan tempatan, Anupam Saha kepada AFP.

“Kami telah memindahkan lebih 60,000 orang dari kampung pantai nelayan dan menghantar mereka ke pusat puting beliung,” katanya.

Beberapa ribut paling maut dalam sejarah telah membentuk di Teluk Bengal, termasuk salah satunya pada 1970 yang mengorbankan ratusan ribu orang di Bangladesh.

ARTIKEL YANG SAMA