Ribuan dipindahkan segera

Ribuan dipindahkan segera

JAKARTA, 16 Jun (dpa) – Ribuan penduduk kampung dipindahkan berikutan letusan gunung berapi Sinabung Indonesia di Utara Wilayah Sumatera, dengan beberapa lagi letupan susulan, pegawai berkata hari ini.

“Kami telah memindahkan kira-kira 7,000 orang dari tujuh kampung ke 15 tempat perlindungan petang kelmarin,” Subur Tambun, ketua agensi pengurusan bencana di daerah Karo berkata.

Dia berkata kerajaan setempat telah mendirikan 11 tempat perlindungan baru bagi menempatkan orang ramai, dalam tambahan empat tempat perlindungan yang sedia ada di mana pemindahan pertama ditempatkan.

Tambun berkata pemindahan pertama penduduk kampung seramai 3,066 termasuk 80 anak damit dan 133 kanak-kanak telah meninggalkan rumah mereka sejak minggu lepas.

Gunung berapi tersebut meletus sebanyak enam kali Sabtu lepas, melontarkan debu sejauh dua kilometer ke udara, Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata.

Kawasan perkampungan yang berdekatan dengan Gunung Sinabung. – AFP
Kawasan perkampungan yang berdekatan dengan Gunung Sinabung. – AFP

“Kami masih perlu memindahkan penduduk dari enam kampung lagi, sementara gunung berapi masih mengeluarkan kepulan asap panas meniup ke arah selatan dan timur laut,” Johari Bangun, Penyelaras Pelarian dari kampung Guru Kinayan berkata.

Gunung Sinabung telah meletus secara bersela sejak penghujung 2013. 16 orang telah terbunuh dan puluhan ribu telah dipindah ke penempatan sementara sewaktu tempoh letupan kuat awal tahun lepas.

“Kita tidak dapat betul-betul menganggar bila letusan akan berhenti,” katanya. Penempatan semula terbukti sukar “akibat plot tanah yang terhad bagi mendirikan kawasan penempatan semula dan infrastruktur sokongannya,” ujar Nugroho.

ARTIKEL YANG SAMA