Ribuan hilang tempat tinggal

Ribuan hilang tempat tinggal

MANILA, 26 Nov (AFP) – Satu kebakaran besar telah berlaku di kawasan bandar setinggan di Manila yang telah meranapkan 800 rumah, menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal selepas mereka dipaksa untuk melarikan diri dari kebakaran itu, para pegawai berkata hari ini.

Orang awam bekerjasama bersama para ahli bomba untuk mengawal kebakaran itu kelmarin yang merebak secara pantas ke lorong-lorong sempit, membantu memecahkan dinding-dinding rumah untuk memudahkan pihak bomba untuk menuju ke tempat kebakaran.

Para penduduk meninggalkan rumah-rumah mereka membawa kanak-kanak dan apa sahaja harta benda yang dapat diselamatkan, dengan ribuan dipaksa untuk berlindung di khemah-khemah buatan di taman berdekatan.

Walaupun kemusnahan itu teruk, tiada yang terbunuh dalam bencana itu dan empat orang mengalami kecederaan apabila mereka memanjat rumah-rumah mereka untuk melarikan diri, pihak berkuasa berkata.

Kebakaran telah menyebabkan ribuan penduduk setempat kehilangan tempat tinggal. - AFP
Kebakaran telah menyebabkan ribuan penduduk setempat kehilangan tempat tinggal. – AFP

Orang-orang setempat yang terdesak menyoraki “di sana, di sana” kepada helikopter tentera yang ditugaskan untuk memadamkan api, selepas jentera bomba tidak berupaya untuk sampai ke pusat kebakaran di bandar setinggan itu.

“Lorong-lorong terlalu sempit dan orang ramai berpusu-pusu keluar. Lebih teruk,angin sangat kuat dan membesarkan lagi api,” kata ketua marsyal bomba Nahum Vitarosa.

Dia menambah, kematian berjaya dielakkan kerana kebakaran berlaku di waktu petang apabila para penduduk berupaya berpindah dengan pantas.

“Jika ia berlaku pada waktu malam, ia mungkin akan menjadi tragedi besar. Penduduk akan bergelap di waktu malam,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA