Ribuan laporan bocor penderaan penghijrah

Ribuan laporan bocor penderaan penghijrah

SYDNEY, 10 Ogos – Beribu-ribu laporan yang telah dibocorkan yang membutirkan dakwaan serangan seksual, penganiayaan kanak-kanak dan bahayakan diri sendiri di pusat imigresen Australia di Nauru, telah disiarkan hari ini, yang mengakibatkan kumpulan hak asasi kemanusiaan membaharui gesaan supaya orang pelarian ditempatkan di tempat lain.

Di bawah dasar semasa Canberra, para pencari suaka yang tiba dengan menaiki bot dihantar ke pulau terpencil Pasifik, Nauru atau Pulau Manus, Papua New Guinea meskipun mereka itu adalah orang pelarian.

Sementara aliran bot pencari suaka ke Australia telah tidak ada, kira-kira 442 orang masih berada di pulau kecil Nauru dan hampir dua kali ganda di Manus, dengan enggan pulang ke tanah air dan tidak diberikan penempatan di Australia.

Lebih 2,000 laporan kejadian itu yang telah dibocorkan kepada The Guardian Australia, termasuklah dakwaan pencari suaka, yang termasuklah kanak-kanak, di Nauru yang berdepan serangan, penganiayaan seksual, dan tekanan mental.

Laporan itu mengatakan kejadian seumpama itu seperti pengawal mengancam seorang budak lelaki dengan kematian dan hanya membenarkan wanita muda mandi dengan lebih lama selepas memberikan kepuasan seks.

Tekanan mental akibat penahanan lama dianggap punca dakwaan kes membahayakan diri sendiri, termasuklah wanita yang cuba menggantung dirinya sendiri dan seorang budak perempuan menjahit kedua-dua bibirnya.

Seorang budak perempuan menulis dalam buku sekolahnya pada tahun 2014 bahawa ‘dia letih, tidak suka kem dan mahu mati,” laporan itu mengatakan dia menulis “Saya mahu kematian dan saya perlukan kematian.”

Guardian berkata laporan itu, yang disiarkan dalam bentuk suntingan semula untuk merahsiakan pengenal pasti, telah ditulis oleh kakitangan di pusat tahanan dan adalah himpunan terbesar dokumen yang dibocorkan yang dikeluarkan dari dalam rejim imigresen Australia.

Sementara beberapa kejadian dilaporkan oleh media sebelumnya, The Guardian berkata analisisnya ke atas 2,116 laporan, menunjukkan kanak-kanak adalah tajuk lebih dari separuh laporan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA