Ribuan larikan diri daripada serangan Syria

Ribuan larikan diri daripada serangan Syria

BEIRUT, 21 Okt – Berpuluh ribu orang telah melarikan diri daripada serangan rejim baru di Syria, kata PBB semalam, tatkala serangan udara Rusia dilaporkan telah membunuh 370 orang setakat ini, kira-kira satu pertiga di antara mereka adalah orang awam.

Dengan kempen pengeboman Rusia kini memasuki minggu keempatnya, Moscow dan Washington mengumumkan mereka telah bersetuju dengan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan udara di Syria, di mana gabungan pimpinan AS juga sedang melancarkan serangan.

Penghijrahan tersebut menumpukan di selatan bandar kedua Aleppo, satu daripada lima kawasan di mana tentera setia telah melancarkan serangan sejak Rusia memulakan perang udaranya pada 30 September.

“Kira-kira 35,000 orang dilaporkan telah kehilangan tempat tinggal dari barat daya pinggir bandar Aleppo, ekoran serangan daripada kerajaan,” kata Vanessa Huguenin, jurucakap untuk Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.

Beliau berkata ramai memerlukan makanan dan barangan rumah asas tatkala cuaca semakin sejuk.

Perang Syria telah membunuh lebih daripada 250,000 orang dan memaksa berjuta-juta penduduk meningalkan rumah mereka sejak Mac 2011, baru-baru ini mencetuskan penghijrahan pelarian beramai-ramai yang telah menimbulkan ketegangan di Eropah.

Untuk mengurangkan risiko konfrontasi di antara kapal perang Rusia dan yang lain daripada gabungan pimpinan AS dalam pengeboman Syria, Moscow dan Washington mengumumkan satu persefahaman mengenai langkah-langkah keselamatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA