Ribuan pasukan keselamatan Filipina bersedia

Ribuan pasukan keselamatan Filipina bersedia

MANILA, 8 Mei (AFP) – Berpuluh-puluh ribu pasukan keselamatan bertebar di seluruh Filipina hari ini sebelum pilihan raya kebangsaan, ekoran kempen pilihan raya yang getir yang dibelenggui pembelian undi yang berleluasa dan ugutan.

Pilihan raya lazimnya tempoh waktu yang sentiasa bergolak di sebuah negara yang terkenal dengan undang-undang senjata yang tidak ketat dan budaya ganas politik, dan sekali lagi ia bangkit dengan dakwaan rasuah besar-besaran dari kampung tempatan hinggalah peringkat presiden.

Hadiah kecil adalah yang berkesan jika menyalahi undang-undang, cara orang politik meraih sokongan di sebuah negara yang mana kira-kira satu suku dari 100 juta penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan.

Cuba teliti pembelian undi, suruhanjaya pilihan raya telah menegah telefon bimbit di tempat pengundian. Supaya para pengundi tidak boleh mengambil gambar undi mereka untuk membuktikan kepada pembeli-pembeli undi bahawa mereka etlah mengundi bagi calon-calon yang betul.

Pada tahap kebangsaan, saingan-saingan presiden dan timbalan presiden juga saling tuduh menuduh cuba menipu dalam pilihan raya. Presiden Benigno Aquino, yang dibatasi oleh perlembagaan pada satu penggal enam tahun, memberi amaran bahawa calon yang dikatakan akan menggantikannya, Rodrigo Duterte, bakal menjadi diktator dan membawa ketakutan ke negara.

Duterte, Datuk Bandar bagi bandar selatan Davao, sebaliknya menuduh pentadbiran Aquino merancang penipuan besar untuk memastikan pengganti yang beliau inginkan, iaitu bekas setiausaha dalam negeri Mar Roxas, memenangi pilihan raya.

Para pengikut Duterte, yang mengakui mempunyai hubungan dengan skuad mati yang sentiasa berjaga-jaga di Davao yang menurut kumpulan-kumpulan hak asasi telah membunuh lebih 1,000 orang, telah memberi amaran akan ‘revolusi’ jika dia tewas.

Sementara itu kira-kira 15 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan pilihan raya, menurut statistik polis kebangsaan.

Dalam kes terbaru yang disyaki, letupan bom tangan telah membunuh seorang budak perempuan berusia sembilan tahun di belakang rumah ketua tertinggi politik yang berpengaruh di wilayah yang dicengkam persengketaan, Maguindanao lewat semalam, menurut ketua inspektor Jonathan del Rosario.

ARTIKEL YANG SAMA