Ribuan peminat sambut wira Portugal di Lisbon

Ribuan peminat sambut wira Portugal di Lisbon

LISBON, 11 Julai – Skuad bola sepak Portugal diketuai Cristiano Ronaldo selamat kembali, hari ini dan disambut sebagai wira selepas kejayaan menjuarai Euro 2016 hasil kemenangan ke atas Perancis 1-0 dalam aksi final.

Selepas semalaman menyambut kejayaan juara Eropah, Portugal, mereka kembali dengan kegembiraan selepas berjaya mengetepikan Perancis.

Kira-kira 10,000 penyokong menunggu ketibaan pasukan itu di Lapangan Terbang Lisbon apabila pesawat khas yang membawa pasukan berkenaan selamat mendarat.

Berpuluh-puluh ribu peminat mengambil alih dalam menyambut ketibaan mereka di jalan-jalan di Lisbon sambil melambai bendera kebangsaan sebagai menandakan kemenangan bersejarah yang dihasilkan oleh gol masa tambahan pengganti Eder yang me-ngejutkan negara tuan rumah semalam pada perlawanan akhir Euro 2016.

Ronaldo, yang diusung keluar akibat kecederaan memeluk trofi dalam penerbangan khas yang membawa pasukan juara itu.

Santos (kiri) dan Ronaldo menjulang trofi semasa tiba di lapangan terbang Lisbon semalam.Skuad bola sepak Portugal diketuai Ronaldo selamat kembali, hari ini dan disambut sebagai wira selepas kejayaan menjuarai Euro 2016 hasil kemenangan ke atas Perancis 1-0 dalam aksi final. - AFP
Santos (kiri) dan Ronaldo menjulang trofi semasa tiba di lapangan terbang Lisbon semalam.Skuad bola sepak Portugal diketuai Ronaldo selamat kembali, hari ini dan disambut sebagai wira selepas kejayaan menjuarai Euro 2016 hasil kemenangan ke atas Perancis 1-0 dalam aksi final. – AFP

Dua trak bomba lapangan terbang menyembur air ke pesawat berkenaan dengan warna hijau dan merah sebagai simbolik warna rasmi Portugal sebaik ia tiba di terminal.

Ronaldo dan jurulatih, Fernando Santos antara yang pertama keluar daripada pesawat dengan trofi kejuaraan dimenangi mereka.

Pemain terbaik perlawanan akhir, Pepe membawa turun trofi berkenaan daripada pesawat manakala 23 pemain yang lain terus menaiki bas tidak berbumbung untuk memulakan perarakan di atas kejayaan menjuarai trofi pertama dalam kejohanan utama.

Selepas pertemuan dengan Presiden, Marcelo Rebelo de Sousa, bas berkenaan akan membawa Ronaldo dan rakan-rakannya berarak mengelilingi ibu negara Portugal. – AFP