Ribuan penduduk dipindah, Sinabung meletus

Ribuan penduduk dipindah, Sinabung meletus

JAKARTA, 4 Jun (Bernama) – Lebih 2,000 penduduk di daerah Karo di Sumatera Utara terpaksa dipindahkan secara berperingkat pada Selasa dan Rabu ekoran Gunung Sinabung, gunung berapi yang aktif di wilayah itu, kini mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News hari ini, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geogologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lepas.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan untuk berpindah demi keselamatan mereka dan untuk sementara ini mereka akan ditempatkan di pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe.

Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Dalam gambar dirakamkan pada 3 Jun, seorang petani Indonesia di daerah Karo melihat ke arah Gunung Berapi Sinabung yang memuntahkan asap dan abu. Hampir 3,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka berhampiran gunung berapi itu ketika amaran ancaman tertinggi dikeluarkan oleh pegawai. – AFP

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dipetik sebagai berkata aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA