Ribuan peringati serangan Charlie Hebdo

Ribuan peringati serangan Charlie Hebdo

PERANCIS, 11 Jan (AFP) – Ribuan penduduk berhimpun di ibu kota cinta kelmarin bagi menghadiri majlis sederhana sempena genap setahun serangan pengganas ke atas akhbar satira, Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi.

Orang ramai yang hadir dalam majlis diadakan di Dataran de la Republique terpaksa menjalani pemeriksaan ketat polis sebelum dibenarkan berdiri di sekeliling pentas dan tugu dihiasi kain merah, putih dan biru melambangkan bendera Perancis.

Pada majlis itu, Presiden Francois Hollande menandatangani plak diletakkan bersebelahan pokok Oak, ditanam di dataran itu sebagai memperingati mangsa serangan pengganas yang menggemparkan Perancis tahun lalu, bermula dengan serangan ke atas Charlie Hebdo.

Orang ramai berkumpul di Place de la Republique Square untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tembakan tahun lalu di ibu pejabat akhbar satira Charlie Hebdo di Paris. - Reuters
Orang ramai berkumpul di Place de la Republique Square untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tembakan tahun lalu di ibu pejabat akhbar satira Charlie Hebdo di Paris. – Reuters

Majlis itu diserikan dengan persembahan penyanyi rock veteran, Johnny Hallyday dan koir tentera yang menyampaikan lagu kebangsaan, Marseillaise dengan meriah.

Menyorot peristiwa yang berlaku pada 7 Januari tahun lalu, 12 maut ketika pengganas menyerang Charlie Hebdo sebagai membalas tindakan akhbar satira itu menyiarkan kartun Nabi Muhammad pada 2006.