Ribuan rakyat Brunei banjiri kawasan Dermaga Diraja

Ribuan rakyat Brunei banjiri kawasan Dermaga Diraja

Oleh Syahmi Hassan & Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Ribuan orang tanpa mengira usia telah hadir bagi menyaksikan acara ikonik Regata Brunei 2016 yang diadakan di Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja, di ibu negara.

Bukan penduduk tempatan sahaja yang teruja untuk menyaksikan acara berkenaan malah warga asing yang berada di negara ini turut tidak melepaskan acara yang dinanti-nanti itu.

Media Permata berkesempatan menemu bual beberapa orang warga asing yang kelihatan tertarik dengan acara berkenaan, Susan dan Sameh El Farmawy yang berasal dari England berkata bahawa melihat acara regata berkenaan merupakan peluang baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Susan yang baru-baru ini bekerja di Brunei memberitahu, beliau gembira kerana berpeluang untuk membawa keluarga dari England melawat dan melihat keindahan kebudayaan Brunei dan pada masa yang sama, membolehkan mereka menyaksikan acara ikonik berkenaan sekali dalam seumur hidup.

Manakala itu, bagi Brenda de Kok yang berasal dari Belanda, beliau sangat gembira dapat menyaksikan acara bersejarah tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan bercemar duli berangkat ke Regata Brunei 2016 bersama kerabat diraja yang lain.

Beliau yang berada di Brunei untuk bercuti bersama kawan-kawan berkata, mereka merasa amat bertuah kerana berpeluang menyaksikan acara ini semasa mereka melawat Kampong Ayer, hari ini.

Turut sempat ditemui pada acara berkenaan ialah Setiausaha Agung Pusat Asean-Korea, Kim Young-sun dan delegasi yang kini berada di Brunei bagi program yang baru dilancarkan iaitu Program Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) ASEAN.

“Kami mendapat tahu tentang Regata Brunei ketika kami sedang dalam perjalanan pulang dari Temburong.

Ombak tinggi tidak menghalang para pekayuh untuk meneruskan perlumbaan ke garisan penamat.
Ombak tinggi tidak menghalang para pekayuh untuk meneruskan perlumbaan ke garisan penamat.
Perlumbaan yang memerlukan tenaga serta kecekalan para pekayuh.
Perlumbaan yang memerlukan tenaga serta kecekalan para pekayuh.
Lontaran senyuman yang diberikan oleh salah seorang peserta.
Lontaran senyuman yang diberikan oleh salah seorang peserta.
Atas/bawah: Warna-warni sekitar perlumbaan Regata Brunei 2016 yang diadakan berdepanan Dermaga Diraja di ibu negara.
Atas/bawah: Warna-warni sekitar perlumbaan Regata Brunei 2016 yang diadakan berdepanan Dermaga Diraja di ibu negara.

pg04_160822_f

Suka duka yang dihadapi oleh salah sebuah pasukan.
Suka duka yang dihadapi oleh salah sebuah pasukan.
Salah sebuah pasukan bersungguh-sungguh mengayuh perahu mereka untuk tiba ke garisan penamat.
Salah sebuah pasukan bersungguh-sungguh mengayuh perahu mereka untuk tiba ke garisan penamat.

“Saya mendapat tahu bahawa regata merupakan sebahagian daripada kehidupan rakyat Brunei, oleh yang demikian, kami sangat bertuah untuk menyaksikan perlumbaan ini,” ujar Kim Young-sun sambil menambah, ia benar-benar menyeronokkan dan boleh berfungsi sebagai bukti perpaduan rakyat Brunei.

Manakala itu, dua orang ekspatriat, Gavin Crewe dan Kate Bayford yang tinggal di Brunei Darussalam sejak lapan bulan lalu, berkata, “Kami beruntung kerana berada di sini hari ini, untuk melihat orang berkumpul di sini bagi menyaksikan dan menyokong pasukan yang menyertai perlumbaan regata.

“Secara peribadi saya datang ke sini hari ini untuk melihat Pasukan Regata UBD yang bersaing. Suasananya sangat meriah dan saya gembira melihat semua orang berseronok melihatnya,” ujarnya.

Sameh, isterinya Susan dan anak-anak mereka ketika turut sama menyaksikan regata pada tahun ini. – Gambar oleh Fizah HAB
Sameh, isterinya Susan dan anak-anak mereka ketika turut sama menyaksikan regata pada tahun ini. – Gambar oleh Fizah HAB
Dayang Farizah dan keluarganya ketika ditemu bual. – Gambar oleh Fizah HAB
Dayang Farizah dan keluarganya ketika ditemu bual. – Gambar oleh Fizah HAB
Awang Hamidon, salah seorang peserta acara Regata 2016. – Gambar oleh Fizah HAB
Awang Hamidon, salah seorang peserta acara Regata 2016. – Gambar oleh Fizah HAB

Dalam pada itu, Media Permata juga berkesempatan untuk menemu bual penduduk tempatan yang datang menyaksikan acara berkenaan bersama keluarga, Dayang Farizah dari Daerah Tutong yang berkata ini merupakan kali pertama mereka datang menyaksikan acara berkenaan.

“Kami sangat teruja melihat perlumbaan hari ini dan pada masa yang sama, ianya adalah peluang untuk anak-anak menyaksikan budaya Brunei,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta regata, Awang Hamidon bin Salleh yang menyertai perlumbaan di bawah Pasukan Seri Utama dan gabungan GAMTA (Generasi Anak Mukim Tamoi) pula menjelaskan bahawa menyertai acara perlumbaan regata adalah sesuatu yang dinantikan kerana beliau memang meminati sukan air berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA