Ribuan sambut Hari Kebangsaan Romania

Ribuan sambut Hari Kebangsaan Romania

BUCHAREST, Romania, 1 Dis – Pesawat-pesawat tentera dan helikopter terbang di ibu negeri Romania hari ini apabila ribuan penduduk berpusu-pusu untuk menyambut hari kebangsaan, menandakan tarikh apabila negara itu disatukan semula dengan Transylvania pada 1918.

Presiden Klaus lohannis dan Perdana Menteri Dacian Ciolos adalah dalam kalangan pegawai kanan yang menyaksikan perarakan tentera itu.

Beberapa ahli politik tidak hadir di pentas utama selepas Iohanis berkata tidak akan menjemput sesiapa yang disiasat atas salah laku untuk menyaksikan sambutan tersebut.

Bagaimanapun, Speaker Senat Calin Popescu Tariceanu, didakwa dengan membuat keterangan salah untuk melindungi individu dalam satu kes hartanah, dan Liviu Dragnea, pengerusi Parti Demokratik Sosial, yang dikenakan hukuman penjara penggantungan dua tahun atas kesalahan penipuan undi, hadir pada sambutan dan berdiri bersama orang ramai.

Mereka kemudian bercakap kepada media. Romania akan mengadakan pilihan raya parlimen pada 11 Disember dan ahli-ahli politik melihat hari kebangsaan itu sebagai peluang untuk mengadakan kempen.

Jalan-jalan di ibu negeri yang biasanya sibuk dengan keramaian penduduk tiga juta hampir sepi dalam cuaca cerah namun sejuk itu. – AP