Ribuan warga Filipina sertai latihan gempa bumi

Ribuan warga Filipina sertai latihan gempa bumi

MANILA, 30 Julai (dpa) – Beribu-ribu orang hari ini menyertai latihan gempa bumi di bandar Filipina agar penduduknya hampir 12 juta orang itu bersiap sedia bagi gempa bumi ukuran 7.2 magnitud yang digeruni, yang berpotensi meragut jiwa ribuan orang dan memindahkan berjuta yang lain, menurut para pegawai.

Para pelajar, pekerja pejabat dan kakitangan kerajaan, tetamu hotel serta diplomat-diplomat bergegas keluar daripada bangunan mereka apabila bunyi loceng dan siren berbunyi menandakan bermulanya latihan satu jam.

Latihan itu bertujuan untuk menyerupai peristiwa selepas gempa bumi besar melanda untuk menguji kesediaan orang awam dan kerajaan dalam memberi tindak balas terhadap bencana itu.

“Kami perlu kalis gegarkan diri kami bagi kemungkinan peristiwa lebih besar,” kata Francis Tolentino, ketua Penguatkuasaan Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA).

Kakitangan Pengawal Pantai Filipina (PCG) memindahkan mangsa olok-olok dari dingi getah ke kapal Pengawal Pantai, yang dijadikan sebagai sebuah hospital terapung semasa latihan gempa bumi di Teluk Manila pada 30 Julai. – AFP
Kakitangan Pengawal Pantai Filipina (PCG) memindahkan mangsa olok-olok dari dingi getah ke kapal Pengawal Pantai, yang dijadikan sebagai sebuah hospital terapung semasa latihan gempa bumi di Teluk Manila pada 30 Julai. – AFP

“Kami tidak ada budaya bersiap sedia.” Dalam satu kajian daripada MMDA dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, gempa bumi berukuran 7.2 magnitud di Metro Manila boleh membunuh sekitar 34,000 orang dan mencederakan 114,000 yang lain. Hampir setengah juta rumah boleh runtuh atau musnah.

Penilaian itu juga mencatatkan bahawa 10 peratus bangunan awam boleh musnah teruk, sementara perkhidmatan air, elektrik dan komunikasi boleh terputus.

Dalam 2013, gegaran gempa magnitud 7.2 di tengah Filipina membunuh lebih 200 orang. Dalam 1990, gempa berukuran 7.7 melanda utara Filipina, membunuh lebih 1,200 orang dan memusnahkan ratusan buah bangunan.