Ribuan warga Venezuela beli makanan di negara jiran

Ribuan warga Venezuela beli makanan di negara jiran

BOGOTA, Colombia, 17 Julai – Berpuluh ribu penduduk Venezuela membanjiri Colombia untuk membeli makanan dan ubat semalam selepas pihak berkuasa membuka sempadan yang telah ditutup hampir setahun.

Satu langkah yang sama pada minggu lalu membawa kepada peristiwa dramatik orang tua dan ibu yang menyerbu pasar raya Colombia dan memaparkan bagaimana kehidupan harian telah merosot untuk berjuta-juta penduduk di Venezuela, di mana ekonomi telah merosot sejak krisis dalam harga minyak pada 2014.

Kementerian luar Colombia berkata dalam satu kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 35,000 penduduk Venezuela memasuki Colombia semalam, dan kemasukan mereka berlaku “dalam cara teratur dan dalam keadaan selamat.”

Sempadan dibuka selama lapan jam dan akan dibuka sekali lagi pada hari ini, katanya. Kira-kira 35,000 orang juga menyeberang ketika pembukaan sempadan selama 12 jam pada minggu lalu.

Pembukaan semalam mengejutkan perniagaan di bandar sempadan Colombia Cucuta sejak diumumkan sempadan akan dibuka pada hari ini.

Warga Venezuela menyeberangi jambatan Simon Bolivar yang menghubungkan San Antonio del Tachira, di Venezuela dengan Cucuta, Colombia, untuk membeli bekalan asas pada 16 Julai. – AFP
Warga Venezuela menyeberangi jambatan Simon Bolivar yang menghubungkan San Antonio del Tachira, di Venezuela dengan Cucuta, Colombia, untuk membeli bekalan asas pada 16 Julai. – AFP

Menteri Pertahanan Colombia Luis Carlos Villegas berkata “kami telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk penduduk Venezuela yang dijangka menyeberangi sempadan pada Sabtu dan Ahad.

Gabenor Jose Vielma dari negeri sempadan Venezuela Tachira berkata Presiden Nicolas Maduro menyokong pembukaan sempadan, mengarahkan penduduk supaya “jangan diganggu” apabila mereka memasuki Colombia.

Maduro menyalahkan kekurangan makanan, ubat dan barangan asas di Venezuela ke atas penentangnya, yang dituduhnya cuba menyemai kekacauan ekonomi untuk menyingkirnya. Pengkritiknya menuduh kerajaan sosialisnya salah mengurus ekonomi negara. – AP

ARTIKEL YANG SAMA