Ribut badai pelantar, 1 maut

Ribut badai pelantar, 1 maut

OSLO, 31 Dis (Reuters) – Ribut kencang di Lautan Utara (North Sea) memaksa firma-firma minyak untuk mengosongkan pelantar minyak dan menutup pengeluaran hari ini, dengan pemasangan penggerudian di bawah ancaman disebabkan angin kuat yang telah menanggalkan baj daripada sauhnya.

BP mengatakan ia telah memindahkan kakitangannya daripada platform Valhall sementara ConocoPhillips menutup pengeluaran di lapangan minyak Eldfisk dan Embla dan memindahkan krunya daripada platform Eldfisk.

Pemindahan itu muncul sehari selepas seorang meninggal dunia dan dua lagi cedera apabila ombak kuat membadai pelantar kepunyaan China Oilfield Services Ltd yang menggerudi di lapangan Troll yang dioperasi Statoi, juga di Lautan Utara.

Norway berdepan cuaca buruk sejak kelmarin, yang mengakibatkan baj laut terlepas daripada sauhnya dan menuju ke arah pelantar.

“Baj telah beralih arah dan BP memutuskan untuk menutup pengeluaran di Valhall dan platform itu akan kosong. Terdapat kira-kira 71 orang yang tinggal atas platform berkenaan dan mereka telah dipindahkan sejurus kami arahkan,” jurucakap BP memberitahu Reuters.

Baj itu terletak kurang daripada 10 nautika batu dari platform.

“Jika ia terus berada pada arah yang sama, ia akan berada di sana kira-kira dua jam,” seorang jurucakap bagi Pusat Koordinasi Penyelamat bagi selatan Norway memberitahu Reuters.

“Bot penyelamat sedang cuba untuk menubuhkan rangkaian penunda baru, dan kami berharap ia akan berjaya…cuaca masih lagi sama seperti semalam, dengan ombak kira-kira 10-15 meter tinggi.”

Pemerhati keselamatan minyak Norway mengatakan baj itu boleh menyebabkan beberapa kerosakan jika ia melanggar platform berkenaan.

“Baj itu satu struktur yang besar dan jika ia terkena platform ia boleh mencetuskan kerosakan yang sangat teruk, oleh itu adalah satu keputusan yang bijak untuk mengosongkan platform,” seorang jurucakap wanita bagi Penguatkuasaan Keselamatan Petroleum Norway memberitahu Reuters.

Penghasilan di lapangan telah ditutup, kata BP. Lapangan itu yang dioperasikan oleh BP dan dimiliki bersama oleh Hess, telah menghasilkan minyak pada kadar kira-kira 50,000 tong sehari sebelum ia ditutup.

Hari ini, pelantar China Oilfield Services Ltd (COSL) yang mengalami kerosakan telah menuju ke pesisir Norway dan dijangka akan tiba di daratan pada keesokan harinya.

Hampir 50 daripada 106 kakitangan di dalamnya, yang tempat tinggal kuarters mereka musnah semasa ribut, juga sudah dipindahkan.

“Cuaca sangat ekstrem semasa kemalangan itu, dengan ombak setinggi 14 meter dan kelajuan angin 25 hingga 30 meter sesaat. Ribut kuat menghalang helikopter daripada mendarat di pelantar dan pekerja di sana terpaksa dipindahkan,” kata Eileen Brundtland, jurucakap wanita bagi Penguatkuasaan Keselamatan Petroleum Norway memberitahu Reuters.

Penghasilan di lapangan gas Troll, yang terbesar di Norway, tidak terjejas kerana pemasangan adalah pelantar penggerudian, bukan kemudahan penghasilan, menurut jurucakap Statoil.

ARTIKEL YANG SAMA