Ribut badai Poland, ribuan tanpa kuasa elektrik

Ribut badai Poland, ribuan tanpa kuasa elektrik

PRAGUE, 14 Dis (dpa) – Anggota pemadam kebakaran telah dikerahkan di seluruh Poland dalam respons menangani penduduk tempatan yang dilanda ribut kuat sehingga mengakibatkan kemusnahan dan beribu-ribu lagi kediaman terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita Poland hari ini.

Kira-kira 75,000 kediaman tanpa bekalan elektrik selepas angin kuat menumbangkan talian tenaga, kata PAP. Laporan itu juga mengatakan 1,100 anggota perkhidmatan kebakaran sedang bekerja untuk bersihkan pokok-pokok yang tumbang.

Di rantau timur laut Masurian, angin bertiup kencang sehingga menerbangkan bumbung rumah.