Ribut bunuh 90 di Vietnam dalam tempoh lapan bulan

Ribut bunuh 90 di Vietnam dalam tempoh lapan bulan

HO CHI MINH CITY, 1 Sept – Bencana alam, terutama tiga ribut yang melanda Vietnam antara Januari hingga Ogos mengakibatkan 90 orang mati atau hilang, dan mencederakan 223 yang lain, Menurut Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam hari ini.

Bencana turut memusnahkan lebih 1,600 rumah, mengakibatkan kerosakan 81,800 yang lain, kerosakan teruk 200,300 hektar padi, 49,700 hektar tanaman lainnya, dan 18,800 hektar kolam akuakultur; dan membunuh 36,000 lembu, 198,000 ayam dan lebih 854 tan makanan laut.

Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, 243,500 isi rumah dengan lebih daripada satu juta orang mengalami kelaparan, sehingga 14 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kata kementerian itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA