Ribut burukkan lagi kebakaran

Ribut burukkan lagi kebakaran

ATLANTA, 29 Nov – Ketika ribut kencang menghampiri beberapa kebakaran hutan terbesar di Selatan, hujan membayangkan harapan baru bagi para anggota bomba yang bekerja untuk memadamkan kebakaran.

Tetapi ribut juga membawa angin kencang, yang menumbangkan pokok-pokok mati dan boleh mengancam para anggota bomba, menurut pihak berkuasa. Pakar-pakar meramalkan bahawa hujan hari ini dari satu sistem ribut tidak cukup untuk menamatkan kemarau yang tidak henti-henti yang tersebar di beberapa negeri dan memburukkan lagi kebakaran.

Ribut awal hari ini nampaknya menuju ke arah Rough Ridge yang keluasannya kira-kira 28,000 ekar. Kebakaran di utara Georgia dan Kebakaran Rock Mountain berkeluasan hampir 25,000 ekar yang bermula di Georgia dan kemudian merebak jauh ke Utara Carolina.

Di Gatlinburg, Tennesse, para pegawai kecemasan berkata kebakaran hutan telah membakar 30 buah struktur, termasuklah hotel 16 tingkat, dan menghampiri taman tema Dollywood.

Pengosongan mandatori sedang berjalan di kawasan-kawasan dalam dan sekitar Gatlinburg, termasuklah bahagian selatan Pigeon Forge, tempat terletaknya taman tema Dolly Parton, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Tennesse Dean Flener berkata dalam siaran berita malam semalam.

Kebakaran meletus di kedua-dua sisi lebuh raya antara Gatlinburg dan Pigeon Forge, Tennesse pada 28 November. – AP
Kebakaran meletus di kedua-dua sisi lebuh raya antara Gatlinburg dan Pigeon Forge, Tennesse pada 28 November. – AP

Siaran berita TV menunjukkan para penduduk bergerak keluar bandar ketika hujan mula membasahi jalan raya.

Para pekerja di sebuah akuarium yang dikosongkan kerana kebakaran hutan sekitar Gatlinburg bimbangkan beribu-ribu binatang yang ditempatkan di situ. Ryan DeSears, pengurus am Ripley’s Aquarium of the Smokies, memberitahu WBIR-TV, bangunan masih kukuh berdiri dan semua pekerja telah dipindahkan lewat semalam. Bagaimanapun dia berkata para pekerja ingin sekali kembali untuk memeriksa kesejahteraan 10,518 ekor binatang.

Ramalan hujan ‘meletakkan sasaran jumlah terbesar tepat pada sasaran tempat kami mengalami kegiatan terbesar kami,” kata Dave Martin, timbalan pengarah operasi bagi pengurusan kebakaran dan penerbangan dengan Perkhidmatan Hutan AS rantau selatan. – AP