Ribut China korbankan enam jiwa

Ribut China korbankan enam jiwa

BEIJING, 11 Julai – Satu ribut tropika di China telah mengakibatkan tiga orang terkorban dan sekurang-kurangnya lapan lagi hilang, menurut laporan-laporan, selepas ia melanda Taiwan dengan angin gred taufan dan hujan.

Taufan Super Nepartak membawa huru-hara kepada Taiwan Jumaat lepas, memaksa lebih daripada 15,000 orang meninggalkan tempat tinggal mereka apabila sebahagian daripada pulau itu menyaksikan angin terkuatnya dalam tempoh seabad.

Ia telah lemah menjadi ribut tropika dalam pada masa ia melanda wilayah Fujian pada Sabtu, namun kekal mendatangkan malapetaka, dengan beberapa gambar memperlihatkan kereta terumbang-ambing, bangunan-bangunan rosak dan bandar ditenggelamkan dalam lumpur tebal berwarna coklat.

Pada lewat kelmarin, lebih daripada 200,000 penduduk di 10 bandar tanah besar telah secara sementara dipindahkan dan beberapa 1,900 buah rumah musnah, menurut agensi berita rasmi Xinhua, memetik kenyataan kementerian hal ehwal awam.

Enam orang telah dilaporkan mati dan lapan lagi hilang, tambahnya, dengan jumlah kerugian ekonomi dianggarkan pada 860 juta yuan (AS$129 juta).

Kelihatan kereta terbalik dan jalan raya dipenuhi lumpur di salah satu kawasan yang terjejas di China. - AFP
Kelihatan kereta terbalik dan jalan raya dipenuhi lumpur di salah satu kawasan yang terjejas di China. – AFP

Kuasa elektrik telah terputus bagi ratusan ribu di Fujian, sementara lima lapangan terbang ditutup dan ratusan perjalanan kereta api berkelajuan tinggi dibatalkan, lapor akhbar Global Times hari ini.

Nepartak telah membunuh tiga orang di Taiwan dan mencederakan lebih daripada 300 orang, menurut pusat utama operasi kecemasan pulau itu.

Pusat kaji cuaca kebangsaan China hari ini memberikan amaran biru bagi hujan lebat di seluruh 14 wilayah dan rantau – peringkat terendah dalam empat peringkat sistem amaran. – AFP