Ribut Earl landa Mexico

Ribut Earl landa Mexico

PUERTO BARRIOS, Guatemala, 5 Ogos – Ribut tropika, Earl melanda Mexico semalam selepas menjadi lemah dari tahap puting beliung di Amerika Tengah, tetapi terus mengakibatkan pemindahan di tengah kebimbangan berterusan berlaku banjir.

Awal hari ini, para penduduk yang ketakutan meninggalkan rumah mereka yang ditenggelami air ketika ribut melanda negeri kecil Caribbean, Belize dan ke negara jiran, Guatemala dengan angin kencang, menumbangkan pokok dan talian elektrik.

Selepas melanda negeri selaan Mexico, Tabasco kira-kira 7 malam. Earl dijangka mengekalkan kekuatannya hari ini.

“Agak mengejutkan, Earl mengekalkan kekuatan ribut tropika petang ini,” kata Pusat Puting Beliung Kebangsaan AS (NHC) pada pukul 2 waktu Greenwich hari ini selepas ramalan awal ribut akan melemah. “Kekuatan angin maksimum hampir 65 kilometer sejam dengan angin bertiup lebih kencang.”

Ribut diramalkan bergerak ke kawasan pedalaman terus di tengah selatan Mexico hari ini dan hilang sekitar 48 jam, menurut NHC.

Jambatan yang telah dimusnahkan oleh Taufan Earl di kejiranan Arroyito di perbandaran Melchor de Mencos, 587km dari timur laut Bandaraya Guatemala, semalam. – AFP
Jambatan yang telah dimusnahkan oleh Taufan Earl di kejiranan Arroyito di perbandaran Melchor de Mencos, 587km dari timur laut Bandaraya Guatemala, semalam. – AFP

“Ancaman utama berterusan dari Earl ialah hujan lebat di bahagian besar Amerika Tengah dan tenggara Mexico.”

Amaran ribut tropika telah dikeluarkan bagi teluk selatan pantai Campeche, Mexico.

Earl melanda dari Caribbean pada kekuatan puting beliung, dengan angin 130 kilometer sejam, dan hanya melanda selatan bandar Belize sekitar tengah malam Rabu lalu, menurut NHC.

Di bandar Guatemala, Melchor de Mencos, berhampiran sempadan Belize, suri rumah Lorena Leonardo, 42 tahun dan keluarganya adalah antara mereka yang berpindah tempat.

“Kami begitu takut,” dia memberitahu AFP ketika berlindung di tempat perlindungan sementara. – AFP