Ribut Marty membentuk di pantai Pasifik

Ribut Marty membentuk di pantai Pasifik

MEXICO CITY, 27 Sept (Reuters) – Ribut tropika Marty dilihat telah membentuk di luar pantai Pasifik Mexico pada malam kelmarin dan boleh menjadi kekuatan taufan pada Isnin, menurut Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (AS).

Berpusar-pusar 305 batu (490km) barat daya pusat peranginan Acapulco, Marty menuju ke utara pada lima batu sejam dan membawa angin pada kelajuan kekal 40 bsj (65kmh), kata NHC.

Pusat ramalan kaji cuaca yang berpangkalan di Miami mengatakan Marty mungkin akan menghampiri pantai pada Isnin, namun akan kekal di luar pesisir.