Ribut petir di perairan Selangor, Johor Timur dan Sarawak berterusan

Ribut petir di perairan Selangor, Johor Timur dan Sarawak berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Johor Timur dan Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) dijangka berterusan pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkatakeadaan itu juga dijangka berterusan di perairan Selat Melaka Selatan, Tioman, Bunguran dan Reef South.

Ia boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil. – Bernama