Ribut, puting beliung cetus kemusnahan

Ribut, puting beliung cetus kemusnahan

LITCHFIELD, Minnesota, 12 Julai – Kira-kira dua puting beliung, hujan lebat dan angin kencang memusnahkan banyak rumah, mengakibatkan pengosongan rumah jagaan dan lebuh raya dibanjiri di tengah utara Minnesota.

Pihak berkuasa di Mukim Meeker berkata 15 hingga 20 buah rumah telah dimusnahkan oleh puting beliung pada petang Isnin. Bumbung Pusat Jagaan Kesihatan Hilltop di Watkins telah diterbangkan angin kencang, mengakibatkan 50 penduduk juga dipindahkan.

Di Litchfield, Datuk Bandar Keith Johnson berkata berlaku kerosakan serius, namun tidak ada yang cedera. – AP