Ribut salji ekstrem ancam pantai timur AS

Ribut salji ekstrem ancam pantai timur AS

WASHINGTON, 22 Jan (Reuters) – Washington D.C., New York dan bandar-bandar pantai timur yang lain bersedia bagi salji tebal, beribu buah penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan dan penduduk-penduduk menyimpan barang-barang runcit menjelang ribut salji yang dijangka turun sehingga 30 inci (76 sentimeter) di rantau itu.

Sekurang-kurangnya lima buah negeri telah mengisytiharkan darurat pada petang semalam, ketika ribut utama Atlantic Coast yang pertama musim ini mula bergerak ke Mid-South sebelum melanda utara dan timur yang membawa salji tebal sehingga dua kaki dan ke beberapa kawasan.

Amaran ribut dikeluarkan di ibu negara dan Baltimore, dengan keadaan ekstrim dijangka bermula petang ini, sementara Bandaraya New York berada di bawah pengawasan ribut salji bagi esok pagi.

Washington Metropolitan Area Transit Authority, yang melibatkan sistem bawah tanah kedua paling sibuk AS, berkata ia akan menggantungkan operasi lewat hari ini sehingga hari Ahad.

Gambar yang dikeluarkan oleh NASA pada 20 Januari 2016 menunjukkan ribut musim sejuk yang besar dijangka membawa salji lebat ke rantau Amerika pada 22 dan 23 Januari 2016. - Reuters
Gambar yang dikeluarkan oleh NASA pada 20 Januari 2016 menunjukkan ribut musim sejuk yang besar dijangka membawa salji lebat ke rantau Amerika pada 22 dan 23 Januari 2016. – Reuters

Virginia National Guard berkata ia merancang untuk membawa masuk sehingga 300 tentera untuk membantu dalam operasi tindak balas. Para pekerja persekutuan di kawasan Washington memberitahu pejabat mereka akan ditutup pada tengah hari untuk membenarkan mereka pulang lebih awal.

Kedai-kedai runcit kekuarangan roti, susu dan barangan penting lain ketika berjuta penduduk yang berada dalam laluan ribut itu bersedia untuk hujung minggu. Pemerhati pengguna memberi amaran ke atas kenaikan harga haram bagi barangan penting seperti penjana, bateri, lampu suluh dan penginapan hotel.

Penerbangan mula dibatalkan hari ini dan penerbangan esok, dengan kebanyakan lebih dari 2,400 pembatalan bagi hari ini di Washington dan lapangan Utara Carolina, menurut FlightAware.com.

American Airlines Group Inc menghentikan semua penerbangan hari ini ke Charlotte Douglas International Airport, Utara Carolina, dan Delta Air Lines Inc membatalkan sekitar 120 penerbangan di tenggara rantau itu. AS menghentikan hampir kesemua penerbangan esok ke Washington, New York dan Philadeplhia, dan Delta dikatakan untuk membatalkan keadaan yang sama.