Ribut salji lumpuhkan sebahagian besar AS

Ribut salji lumpuhkan sebahagian besar AS

NEW YORK/WASHINGTON, 24 Jan – Ribut salji yang telah melumpuhkan kebanyakan Pantai Timur AS bertambah teruk semalam, dengan sebahagian Washington terpaksa menutup jalan-jalan raya, jambatan dan terowong ke New York sehingga pagi ini.

Secara keseluruhannya, 19 kematian dicatatkan di beberapa buah negeri berkaitan ribut. Ia diletakkan pada kedudukan no 3 dari segi pengumpulan salji yang turun dalam sejarah New York City dengan kira-kira 25.1 inci dan adalah antara yang terbesar di Washington juga, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Tiga belas orang terbunuh dalam kemalangan kereta berkaitan cuaca di Arkansas, North Carolina, Kentucky, Ohlo, Tennessee dan Virginia. Seorang terbunuh di Maryland dan tiga lagi New York City ketika menyodok salji. Dua orang menemui ajal kerana hipotermia di Virgina, menurut para pegawai.

Selepas menurunkan hampir 60 cm salji di kawasan Washington semalaman, ribut dijangka semakin kuat ketika ia beralih ke utara dan memasuki kawasan metropolitan New York, yang mempunyai 20 juta penduduk.

Dengan ribut berterusan hingga ke malam, himpunan antara 60 hingga 71 cm salji dijangka di New York City, utara New Hampshire dan di barat Pulau Long Island, dengan angin bertiup 72kmsj, NWS melaporkan. Jarak penglihatan dijangka satu suku 400 meter atau kurang.

Anggota pengawal kebangsaan AS membantu menolak sebuah kereta polis yang terperangkap di dalam salji tebal di Washington, D.C kelmarin. – AFP
Anggota pengawal kebangsaan AS membantu menolak sebuah kereta polis yang terperangkap di dalam salji tebal di Washington, D.C kelmarin. – AFP
Orang ramai menyeberangi jalan melalui salji di ‘42nd St’ semasa ribut salji di Manhattan, New York. - Reuters
Orang ramai menyeberangi jalan melalui salji di ‘42nd St’ semasa ribut salji di Manhattan, New York. – Reuters

Gabenor New York Andrew Cuomo mengisytiharkan darurat, sama seperti yang telah dilakukan oleh 10 gabenor negeri lain.

Dia juga mengenakan tegahan ke atas semua perjalanan ke kawasan jalan raya di New York City dan Long Island, melainkan kenderaan kecemasan, dari tengah hari Sabtu sehingga 7 pagi hari ini, apabila semua jambatan dan terowong ke bandar itu dari New Jersey akan dibuka semula.

Kesan dari tegahan perjalanan ke atas industri perkhidmatan kewangan New York dilihat sebagai minimum pada hujung minggu, dan terlalu awal untuk menyatakan beberapa banyak catatan salji lebat akan memberi impak kepada pembukaan semula selepas Wall Street dibuka semula esok. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA