Ribut Taufan landa Jepun

Ribut Taufan landa Jepun

TOKYO, 10 Julai (AFP) – Taufan Chan-hom melanda rangkaian pulau Jepun Okinawa pada hari ini tatkala ia bergerak ke arah Taiwan dan China, meninggalkan lebih dari 20 orang cedera. Beribu-ribu orang dipindahkan dari timur China dalam persediaan menghadapi ribut yang meninggalkan lima orang terbunuh di Filipina pada awal minggu ini selepas hujan lebat.

Taufan kuat itu, dikategorikan sebagai “taufan super” oleh beberapa biro cuaca serantau, sedang bergerak barat laut di antara pulau Okinawa dan Miyako pada pagi ini, dengan angin 234 kilometer sejam, menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Tatkala pokok tercabut dan bangunan musnah, sekurang-kurangnya 23 orang cedera dan 180 dipindahkan di seluruh kawasan itu, kata Sistem Penyiaran Tokyo.

ARTIKEL YANG SAMA