Rimba Star, Perkasa 1-1

Rimba Star, Perkasa 1-1

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Pertembungan dua pasukan tercorot Liga Perdana DST di Kompleks Sukan Berakas semalam berkesudahan 1-1.

Rimba Star FC yang mendahului perlawanan menerusi jaringan Awang Mohd Khalil bin Haji Ahmad Kamil pada minit ke-18 dan kedudukan 1-0 itu tidak berubah sehingga pengadil meniupkan wisel penamat separuh masa pertama.

Perkasa FC tidak mengalah dan terus berusaha mendapatkan gol penyamaan pada separuh masa kedua dan ternyata usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-66 yang dihasilkan oleh, Awang Mohammad Saufi bin Salleh.

Keputusan itu mengekalkan kedudukan kedua-dua pasukan iaitu tangga ke-10 buat Rimba Star FC dengan enam mata daripada perlawanan, manakala Perkasa FC di tempat ke-11 dengan lima mata daripada sembilan perlawanan.

Pertemuan Rimba Star FC (merah) dan Perkasa FC di Kompleks Sukan Berakas semalam berkesudahan 1-1.
Pertemuan Rimba Star FC (merah) dan Perkasa FC di Kompleks Sukan Berakas semalam berkesudahan 1-1.

Rimba Star FC dan Perkasa FC masih kekal dalam kedudukan yang membimbangkan kerana kekal menjadi dua pasukan terbawah namun kedua-duanya kekal berpeluang memintas pasukan di tangga ke-9, Tunas FC yang sudah menamatkan kempennya dengan hanya mengumpul tujuh mata.

Perlawanan seterusnya bagi Liga Perdana DST 2015 ialah Perkasa FC lawan Kota Ranger FC pada Jumaat, 7 Ogos ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, bermula pukul 8:15 malam, dan kemudiannya Rimba Star FC lawan Menglait FC pada Sabtu, 8 Ogos di Kompleks Sukan Tutong, juga bermula jam 8:15 malam.