Ringan beban keluarga susah

Ringan beban keluarga susah

Oleh Salawaty HM Jali

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Atas rasa simpati kepada golongan atau keluarga susah, sekumpulan bekas pelajar matrikulasi tahun 1986-1988 dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong, telah mengungkayahkan program “Amal Jariah di Bulan Ramadan”.

Menerusi aktiviti berkebajikan ini, rombongan bekas pelajar berkenaan telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan asas, makanan dan minuman serta barangan keperluan Hari Raya kepada keluarga Dayang Halus binti Haji Badar, di Kampung Parit, Pengkalan Batu.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, Haji Mahrub bin Haji Murni.

Rombongan ketika menghulurkan bantuan kepada keluarga Dayang Halus.
Rombongan ketika menghulurkan bantuan kepada keluarga Dayang Halus.

ARTIKEL YANG SAMA